“None of us knows what might happen even the next minute, yet still we go forward. Because we trust. Because we have Faith” - Paulo Coelho.

Tuesday, May 28, 2013

Novel Review:Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Assalamualaikum

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah serta kurnia-Nya dapat kita bertemu lagi dalam blog ini selepas korang dihidangkan dengan entri tak semenggah beberapa hari yang lalu.Hahaha.Aku bukannya apa,memang aku malas je nak update blog ni.Itu je sebabnya.Gua tension sebenarnya,nak jadi lawyer tapi dapat TESL.Apa masalah pun aku tak tau lah.Biarlah,moga gua dapat buat degree kat UK nanti.Ameeeen *pasrah*

Dulu cita-cita psychologist lah,psychiatrist la apa lah end up buat TESL.Kalau dulu aku tulis cita-cita angkasawan mungkin korang akan lempang aku terus sampai ke ISS agaknya.-.-v .Ok,malas aku nak merampus pasal ini semua.Tak ada rezeki aku nak pakai baju black and white masuk court ataupun cakap dengan orang,sorry,see you in court.kbai.

****

kau orang buat-buat tak nampak je la keserabutan di situ.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni karya terbaru novelis E-Man Sufi.Sebelum ni dia ada dua novel,Suami Yang Kubenci dan Hikayat Si Pematah Hati.Dua-dua novel tu best seller ok.Ini novelis ketiga yang aku adore gila selepas Hlovate dan Melur Jelita. :3

Novel ni tak tebal sangat,ada 627 muka surat je.So,korang bolehlah baca sambil buat kuak rama-rama ke kupu-kupu ke kat atas katil.Kalau nak lebih sopan,sila baca sambil silang kaki di kerusi empuk.Seperti seorang majikan.

Jujur aku cakap mula-mula baca novel ni memang rasa macam berat je nak habiskan.Sebab well jalan cerita agak berat.Penuh unsur suspens walaupun banyak ayat kelakar dalam novel ni.Jadi,aku ambil masa lebih 48 jam untuk habiskan novel ni.Jangan risau,novel ni best gila!Aku hanya review novel yang sangat sangat sangat dan sangat best je untuk tatapan korang.

Review secara keseluruhan:

Jalan cerita novel ni tak klise macam kebanyakan novel sekarang ni.Tak ada ayat-ayat jiwang.Tapi banyak ayat yang meruntun perasaan.Boleh sediakan tisu kalau korang rasa perlu.Kalau tak,sila lap air mata pakai lengan baju.

Kenapa aku kata novel ni tak klise?Sebab tak ada adegan kahwin paksa,gaduh-gaduh dan jatuh cinta and they live happily ever after!Haha.Watak utama dalam novel ni ialah Ahmad Ziyad tapi orang panggil dia Jebat dan juga Mastura.

Kisah Jebat yang dah 'cuci tangan' daripada dosa-dosa silam dia dan juga Mastura yang gilakan Si Jebat ni.Memang tahap gila,bukan suka lagi.Apa je yang Jebat suruh buat,dia buat.Ok,part ni lawak.hahaha.Mastura tak tau tentang peristiwa silam Jebat.

Dan aku tak nak bagi sinopsis cerita ni sebab aku tak reti.Nanti aku terbuka unsur suspens pula.Kalau nak tau apa cerita selanjutnya si Jebat dan Mastura,silalah beli novel ni.hehehe

Komen:

Aku suka novel ni!Walaupun ini novel cinta,tapi dia tak sama macam novel lain.Penulis ni ada identiti dia sendiri.Jalan cerita sangat menarik.Kau tak boleh expect apa yang akan berlaku dalam muka surat seterusnya.

Bahasa-bahasa yang digunakan pun mudah dan tak terlalu banyak bahasa pasar sangat.Maksudnya bahasa standard lah.Bukannya bahasa yang tinggi sangat sampai kena rujuk kamus dewan.

Novel ni banyak pengajaran.Banyak kata-kata nasihat.Ada nasihat yang berunsur sarkastik sikit.Ada babak yang sangat menyayat hati.

Ok,senang kata aku sangat puas hati dengan novel ni.Walaupun cara aku review novel ni sangatlah tak semenggah dan tak convincing langsung.Tapi ini komen aku.Ok,seluruh bintang di langit I hadiahkan untuk novel ni.Eh kau dah kenapa? -.-"

Tu je la,aku pun blur tak tau nak taip apa lagi.Babai
© alfikasran.com 2013. Fully designed by Alfi Kasran