“None of us knows what might happen even the next minute, yet still we go forward. Because we trust. Because we have Faith” - Paulo Coelho.

Wednesday, July 25, 2012

Al-Mathurat


Alhamdulillah,hari ni dah hari kelima dalam bulan Ramadan :).Okay,aku cuma nak kongsi sesuatu.Selama ni nak tulis asyik lupa je.Ni dah alang-alang aku teringat,kebetulan pulak dalam bulan Ramadan Kareem ni baik aku tulis.

Aku pasti ramai yang tau apa itu Al-Mathurat.Tapi,andai ada yang tak tau,aku bagi tau.Hehe.

Al-Mathurat ni adalah himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berbentuk doa.Membaca al-Mathurat ni merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Ayat-ayat dalam al-Mathurat ni telah disusun oleh Iman Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir.

So,apa motif aku nak perkenalkan al-Mathurat ni sebenarnya?Ini sebenarnya salah satu amalan yang boleh kita lakukan semasa dalam haid.Ada orang confuse,sebab ada ayat al-Quran,so diorang ingat tak boleh baca.Tapi,disebabkan ayat-ayat ni dah menjadi wirid,maka boleh dibaca.Bacalah al-Mathurat ni dua kali sehari.Sekali selepas subuh dan sekali lagi selepas asar.Insya-Allah besar fadhilatnya.

Apa kelebihan membaca al-Mathurat ni?

Diri kita tidak akan dihampiri syaitan.
Rumah dan keluarga kita akan selamat daripada perkara yang tidak diingini
Allah akan mencukupkan apa yang kita perlukan di dunia dan di akhirat
Seandainya kita mati pada hari atau malam kita membaca al-Mathurat tersebut,Allah jaminkan syurga untuk kita.
Selamat daripada segala sesuatu
Allah akan menyempurnakan nikmat kepada sesiapa yang membacanya
Allah berhak untuk meredhainya
Tiada sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya
Terhindar daripada syirik
Selamat dari bisa atau sengatan makhluk yang beracun
Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-hutang
Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat
Kalau kita baca pada waktu pagi,Allah akan pelihara diri kita dari pagi hingga petang.Kalau kita baca pada waktu petang,Allah akan pelihara diri kita dari petang sehingga pagi.Jadi,bacalah bagi dan petang supaya diri kita sentiasa dipelihara.
Mengamalkan al-Mathurat,bermaksud kita mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.


Kitab al-Mathurat ni kita boleh beli dekat kedai-kedai buku.Tak mahal pun,yang harga seringgit pun ada.Ehem,baju raya lima pasang boleh beli takkan seringgit pun tak boleh spend dekat al-Mathurat kan? ^.^V.

Baca wirid ni dengan niat lillahita'ala.Buat dengan istiqamah.Jangan bulan puasa je baca.Amalkan sampai bila-bila.Kita akan rasa apa kelebihannya :)

P/s:Aku bukan pelajar sekolah agama,aku kongsi apa yang aku tau.Jangan suka bagi komen yang bersifat provokasi.Aku blog secara aman ok :)
© alfikasran.com 2013. Fully designed by Alfi Kasran