Friday, September 26, 2014

A Happy Week

Assalamualaikum

Well at least for me,this week is a happy week.Hahaha.

24/9.Akhirnya 19 tahun juga.Bosan betul jadi manusia yang birthday hujung hujung tahun ni haa.Tahun lepas terselamat sebab tarikh tak berapa keramat ni jatuh masa cuti semester.Tahun ni tak selamat sebab jatuh pada hari rabu.Lepas tu hari rabu tu pulak ada potluck untuk last class semester ni.Then,bammm 2 kali lagu happy birthday and I was forced by the classmates  to blow the candle.Geez.I can't believe it.Nasib tak terjun dari tingkat 8.Haha thank you everyone! (Naaa,no picture for that because oh mannn tak sanggup nak tengok!)

25/9

 I am done with my foundation year and I made it!Yeehaa.Hahaha.

Sebenarnya haritu sepatutnya hari yang menyeronokkan tapi tak berapa nak menyeronokkanlah juga.First,sebab aku terlebih tidur.Bukan sikit2 punya terlebih tidur.Tidur sampai 12 jam.Alhamduillah roh sempat cari jalan pulang.Kalau tak,kempunan nak pergi event ni -.-.Second,dah tau dah kalau breakfast pagi-pagi sangat mesti sakit perut.Tapi,pagi-pagi dah pergi mamak.Hahaha,good job sangat!Third,masuk-masuk hall kena sergah dengan Sir Atlizan.Aku ok je kena sergah.Wait,of course not!Aku melatah "Oh Mak Kau Ayam!" kot dan dalam hall tu ada orang.Apalah dosa aku dengan sir ni pun aku tak tau T.T



My fellow law readers.Kecuali yang duduk tu lah.Yang pakai cermin mata tu Madam Lily,tak pakai cermin mata tu Miss Ain.Tapi spesies dak-dak law juga.Waaa rindu CFS. T_T . Ok,hidup kena move on.

Well,these were my lecturers:

Madam Suhaili Ishak@Madam Lily,ajar dari first sem sampai third sem kot.Seminggu sehari je tak jumpa dia.Haha.Kiranya dalam masa setahun,5 subjek belajar dengan dia.Fuh,ketahuilah madam walaupun kadang-kadang saya mengantuk jugak dalam kelas madam tapi saya tak tidur ok.Lepastu,ok taste warna kita sama.Black for life!

Miss Ain,walaupun Miss Ain mengajar kita orang dah separuh sem 2.But still banyaaaaaak jasa Miss dalam hidup kita orang.Hihi.Miss punya nota dengan case studies saya guna sampai sekarang kot.Almaklumlah,saya pemalas lipas nak buka law journal ke lexis nexis ke untuk contract law.Tak dilupakan juga,miss banyak gila guide kita orang untuk mooting.Sampai tengah-tengah malam pun steady reply whatsapp sebab kita orang clueless nak tulis apa dalam written submission. -..-

Sir Atlizan,ni pun macam Madam Lily juga.Tapi Madam Lily lagi epiklah.3 semester terus kena tengok muka kita orang 4 hari dalam seminggu.Sekurang-kurangnya sir kena tengok muka kita orang 4 hari dalam seminggu untuk sem 2 je.Haha,nak jujur lah ni kan.Sebenarnya class sir ni saya tak faham sangat pun.Jadi,masa exam memang gigih meng-google je la.Terima kasih untuk A ok!Lol.Tapi,dia banyak ajar kita orang dari segi kehidupan kot.You know.

Ustaz Suhairi.Masa foundation ajar kita orang Islamic Studies.Tup tup masuk bachelor jumpa lagi ajar TITAS pula.Ustaz perlu tahu yang saya kagum sebab ustaz ingat nama saya.Lol.Yelah,kelas dalam Lecture Theater kot.Herherher.Ustaz kelakar dan best!

Sir Khairul,Miss Rosnah,Madam Nadia,Madam Mimi,Miss Shiriza,Miss Khaty.Thank you for everything!

Look,aku tak tau apa masalah aku sekarang.My english is bad so do my bahasa.Can someone teach me to use french now?! -..-

P/s:Eh lecturer yang tak ada elaboration tu bukan aku tak suka tau.Tapi tak tau nak tulis apa.hihi,tapi semua awesome!
P/s 1:Andai kata ada lecturer yang jumpa blog ni.Buat-buat tak kenal saya ok.Kbai

Tuesday, September 23, 2014

24/9

Assalamualaikum

Officially 19.Alhamdulillah.

P/s:ok final ok.

Sunday, September 21, 2014

Law & Commerce

Assalamualaikum

Just in case korang nak tau,aku punya course sekarang ni namanya Law and Commerce.Aku bukannya ambil Legum Baccalaureate atau dalam erti kata lainnya Ll.B.Saja je nak bagi dalam bahasa Latin.haha.

Dipendekkan nama,Bachelor of Law and Commerce ni,BLC ok.Kalau korang google,memang MSU je ada course ni.Tersangatlah luar alamnya course yang aku ambik ni.Habis degree tak boleh jadi lawyer ya hanak-hanak.Sesiapa yang berminat nak jadi lawyer dan nak jadi lawyer cepat tu tak payah menggatal ambik course ni.Aku nak jadi lecturer je,so tak apa.Ok sebenarnya aku nak cerita benda lain.

Phew,nama pun law and commerce.Undang-undang dan perniagaan.Undang-undang adalah dunia yang penuh dengan membaca,membaca dan membaca sampai nampak statutes dekat dinding atau sampai muntah pelangi sekalipun kau kena baca.Noktah.Subjek perniagaan pula adalah dunia kau kena mengira dan mengira dan mengira sampai kau rasa nak baling kalkulator ke dinding sebab salah yang tidak berkesudahan.

Rata-rata budak law memang alergi habis dengan nombor.Bukan sikit-sikit alahan dia.Boleh bawak gila kalau berterusan.Tapi,aku punya tahap alergi masih boleh dikawal sebab aku suka matematik modern masa sekolah dulu.Kalau add maths memang tak payah,kelaut sangat.Tapi,masalah dia sekarang ni aku bukannya belajar algebra macam zaman matematik sekolah dulu.Masalah dia sekarang aku belajar prinsip perakaunan atau nama glamournya principles of accounting.Dude,come on,dulu hakak kelas sains tulen tak ambik akaun.Sudah terang lagi bersuluh aku tersangatlah 'bijaksana' dalam subjek ini.

Aku boleh mengira tapi bila sampai part nak kena klasifikasikan itu ke sana dan ke sini memang aku hazab.Aku sangat cuai part-part macam ni.Haih.

Entri keluhan tak berkesudahan.

p/s:tak.belum berniat nak putus asa.tak pernah terniat pun.